Monday, July 27, 2009

Pemain Catur Negeri Selangor di ASAT KL 2009


Fikri Bin Saleh (kiri) dan Rabiatul Adawiyah Bt Wahid (kanan) mewakili Negeri Selangor dalam acara catur yang berlansung di Bilik Teratai, Hotel Maluri. Mereka bermain lima pusingan dengan kawalan masa selama satu jam (60 minit).

Guru-guru pengiring mereka adalah Cikgu Ramli dari SMK Seksyen 18 Shah Alam dan Cikgu Siti Roha dari SMK Munshi Abdullah Sabak Bernam.

Sudah pasti mereka tidak akan lupa akan kenangan pahit manis di Karnival ASAT (Anugerah Seri Asrama Terbilang) KL 2009 yang berlansung dari 24 hingga 28 Julai 2009.


No comments:

Post a Comment