Acara catur bagi Karnival ASAT 2009 sedang berlansung di Dewan Teratai, Hotel Maluri Kuala Lumpur. Acara tersebut terbahagi kepada Lelaki dan Perempuan. Seorang wakil lelaki dan perempuan dari setiap negeri, sejumlah 14 buah, di negara ini sedang bertarung minda, strategi dan taktik selama dua jam maksima bagi satu-satu pusingan mewakili asrama sekolah dan negeri masing-masing. Hari ini para pemain catur tersebut akan bermain sebanyak tiga pusingan. Dan esok mereka akan bermain dua lagi pusingan untuk melengkapkan lima pusingan.
Acara bermula lewat beberapa minit. Ini memandangkan pihak hakim yang dikenali sebagai arbiter dalam dunia catur hanya dibenarkan memasuki ke venue pertandingan pada jam 8.00 pagi. Ini kerana dewan tersebut digunakan untuk satu pertandingan taekwando sebelum itu. Dengan pengalaman dan kecekapan pihak arbiter yang diketuai Cikgu Suhairi MSSMKL, pertandingan dapat dimulakan beberapa minit selepas pukul 9.00 pagi.
Venue pertandingan memang bagus dan kondusif untuk permainan catur. Sesuai dengan program yang bertaraf peringkat kebangsaan. Tahniah kepada urusetia karnival yang menyediakan venue pertandingan acara catur yang sesuai dan kondusif.
No comments:
Post a Comment