Thursday, July 23, 2009

Count Down Karnival ASAT 2009


Esok hari Jumaat penghulu segala hari, akan bermulalah perjalanan kontijen-kontijen negeri ASAT ke Kuala Lumpur untuk Karnival ASAT 2009 yang akan dihos oleh Jabatan Pendidikan WP. Jika tidak silap, semua kontijen-kontijen negeri akan berkampung di Kuala Lumpur.

Bagi kontiijen Negeri Selangor, mereka akan menginap di Hotel Olimpik. Sebanyak empat buah bas akan membawa peserta-peserta Negeri Selangor. Sebuah bas akan bertolak dari PPD Sabak Bernam di sebelah pagi. Bas ini akan singgah pula di Petaling Perdana sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Dua buah bas akan bertolak dari Kuala Selangor terus ke Kuala Lumpur. Dan sebuah bas pula akan membawa peserta-peserta Daerah Hulu Langat akan bertolak dari SMT Kajang.

Semoga kontijen Negeri Selangor akan beroleh kejayaan yang cemerlang dan terbilang. SELAMAT BERTANDING!

Kepada semua peserta dan guru-guru pengiring yang ingin berkongsi pengalaman perjalanan dari negeri masing-masing ke Kuala Lumpur, sila emelkan kepada blogmaster seperti alamat di atas.


No comments:

Post a Comment