Wednesday, July 22, 2009

Hotel Maluri - Venue Acara Catur, Pidato dan Bahas


Tiga acara ASAT 2009 akan diadakan di Hotel Maluri, Kuala Lumpur. Acara-acara tersebut ialah Catur, Pidato dan Bahas. Untuk acara catur, kategori yang dipertandingkan ialah Catur Sekolah Menengah Lelaki dan Catur Sekolah Menengah Perempuan. Setiap negeri akan diwakili oleh seorang pemain lelaki dan seorang pemain perempuan.

Difahamkan format acara catur ialah lima pusingan dengan time control selama 90 minit bagi setiap pemain. Acara catur akan berlansung selama dua hari iaitu pada hari Sabtu (25/7/2009) dan Ahad (26/7/2009).

Insya Allah, coverage acara catur akan dibuat sebaik mungkin. Kepada peminat-peminat dan para penyokong pemain-pemain catur yang mewakili negeri masing-masing, sila stay tuned di laman blog ini. Sila sampaikan pesanan-pesanan dan sokongan anda kepada mereka di shoutbox.


No comments:

Post a Comment