Wednesday, August 19, 2009

Asrama SMKTJ - Tempat Ketiga ASAT 2009





Ditulis oleh Mohamad Faiz
TUESDAY, 28 JULY 2009 01:02

ASRAMA SMKTJ TEMPAT KE 3 ASAT

Kuala Lumpur, 27 Julai - Asrama SMKTJ telah berjaya memperolehi tempat ke 3 dalam pertandingan Anugerah Sri Asrama Terbilang peringkat Kebangsaan 2009 (ASAT).

Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga SMKTJ dan warga Asrama khususnya kerana berjaya mendapat tempat yang terbaik di peringkat Kebangsaan. Walaupun target asal asrama SMKTJ bukanlah tempat ke 3, tetapi menjuarai peringkat kebangsaan pada tahun ini, namun keputusan yang telah diperolehi ini sebenarnya amatlah bermakna kerana bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memperolehi kedudukan ketiga dari 1400 buah asrama di seluruh negara.Demikian menurut Tuan Hj Abdullah Sani( Pegawai JPN Kedah). Tahniah dan Syabas.


Sumber : http://smktj.com


Monday, July 27, 2009

Pemain Catur Negeri Selangor di ASAT KL 2009


Fikri Bin Saleh (kiri) dan Rabiatul Adawiyah Bt Wahid (kanan) mewakili Negeri Selangor dalam acara catur yang berlansung di Bilik Teratai, Hotel Maluri. Mereka bermain lima pusingan dengan kawalan masa selama satu jam (60 minit).

Guru-guru pengiring mereka adalah Cikgu Ramli dari SMK Seksyen 18 Shah Alam dan Cikgu Siti Roha dari SMK Munshi Abdullah Sabak Bernam.

Sudah pasti mereka tidak akan lupa akan kenangan pahit manis di Karnival ASAT (Anugerah Seri Asrama Terbilang) KL 2009 yang berlansung dari 24 hingga 28 Julai 2009.


Selangor Menang Pidato


Dua orang wakil Negeri Selangor, Nurzaffan Bt Ariffin (dua dari kiri) dari SMK Sungai Pusu, Gombak dan Dini Elissyakira Bt Hairulnizam dari SK Assam Jawa, Kuala Selangor (dua dari kanan) gembira bersama trofi kemenangan.

Nurzaffan berjaya mendapat Naib Johan (pingat perak) dalam acara Public Pidato sementara Dini Elissyakira berjaya mendapat pingat gangsa (ketiga) dalam acara Pidato Bahasa Malaysia Sekolah Rendah.

Kedua-dua acara telah berlansung di Bilik Bunga Raya, Hotel Maluri.

Tahniah!


Sunday, July 26, 2009

Catur ASAT KL 2009 - Pusingan Keempat


Kategori Lelaki


1) SBH (3) vs PRK (3)
2) KL (2) vs KDH (2)
3) N9 (2) vs PHG (2)
4) SEL (1) vs (SAR (2)
5) KEL (1) vs MEL (1)
6) PP (1) vs JHR (1)
7) TRG (0) vs PER (0)

Nota: Dalam kurungan adalah mata.



Kategori Perempuan


1) PRK (3) vs KDH (3)
2) SEL (2) vs MEL (2)
3) TRG (2) vs SBH (2)
4) KEL (1) vs SAR (1 1/2)
5) N9 (1 1/2) vs KL (1)
6) PP (1) vs PHG (1)
7) JHR (0) vs PER (0)


Nota: Dalam kurungan adalah mata.


Catur ASAT KL 2009 - Pusingan Ketiga



Kategori Lelaki

1) PRK vs KL (1 - 0)
2) N9 vs SBH (0 - 1)
3) KDH vs PP (1 - 0)
4) PHG vs SEL (1 - 0)
5) SAR vs KEL (1 - 0)
6) MEL vs PER (1 - 0)
7) JHR vs TRG (1 - 0)


Kategori Perempuan

1) PRK vs SEL (1 - 0)
2) KDH vs N9 (1 - 0)
3) SAR vs TRG (0 - 1)
4) SBH vs KEL (1 - 0)
5) MEL vs PHG (1 - 0)
6) PER vs PP (0 - 1)
7) KL vs JHR (1 - 0)


Nota: 1 - menang, 0 - tewas, 1/2 - seri

Saturday, July 25, 2009

Foto Acara Catur ASAT KL 2009 - Hari Pertama


Berikut adalah gambar-gambar Hari Pertama (25/7/2009) Acara Catur ASAT KL 2009 di Dewan teratai, Hotel Maluri Kuala Lumpur.


Pusingan Pertama











Pusingan Kedua

PHG (putih) vs (PER)

TRG (hitam) vs (JHR) - jika tidak silap ...

JHR (hitam) vs SEL (putih)

PHG (hitam) vs PER (putih)


PP (putih) vs PRK - jika tidak silap ...


Pusingan Ketiga

PHG vs SEL

PRK (putih) vs SEL (hitam)

SBH vs KEL

PER (putih) vs PP (hitam) - jika tidak silap ...

KEL (hitam) vs SAR (putih)



Dari Lensa Nokia



Permainan yang terakhir selesai di papan kedua di antara SEL dan SBH. Akhirnya SBH tewas dek kerana masa. SBH memberi cabaran yang sengit kepada SEL.



Para penonton di kalangan abang-abang kadet. Teruja menyaksikan permainan catur.




ASAT KL 2009 - Foto Extra


Ini adalah tag peserta bagi ASAT KL 2009. Masih adakah peserta-peserta karnival ASAT tahun-tahun lalu yang masih menyimpan tag peserta? Jika ada, bolehkah dikongsi bersama untuk tatapan semua? Emelkan kepada sabdlati@gmail.com.




Selain catur yang diadakan di Hotel Maluri, acara Pidato juga dijalankan di venue yang sama di bilik seperti foto di atas.


Catur ASAT 2009 - Pusingan Kedua


Kategori Lelaki

1) SBH vs KDH (1 - 0)
2) KEL vs N9 (0 - 1)
3) PP vs PRK (0 - 1)
4) KL vs MEL (1 - 0)
5) SEL vs JHR (1 - 0)
6) PER vs PHG (0 - 1)
7) TRG vs SAR (0 - 1)


Kategori Perempuan

1) MEL vs KDH (0 - 1)
2) SEL vs SBH (1 - 0)
3) N9 vs SAR (1/2 - 1/2)
4) PP vs PRK (0 - 1)
5) KEL vs KL (1 - 0)
6) TRG vs JHR (1 - 0)
7) PHG vs PER (1 - 0)


Nota: 1 - menang, 0 - tewas, 1/2 - seri

Catur ASAT 2009 di Dewan Teratai Hotel Maluri KL


Acara catur bagi Karnival ASAT 2009 sedang berlansung di Dewan Teratai, Hotel Maluri Kuala Lumpur. Acara tersebut terbahagi kepada Lelaki dan Perempuan. Seorang wakil lelaki dan perempuan dari setiap negeri, sejumlah 14 buah, di negara ini sedang bertarung minda, strategi dan taktik selama dua jam maksima bagi satu-satu pusingan mewakili asrama sekolah dan negeri masing-masing. Hari ini para pemain catur tersebut akan bermain sebanyak tiga pusingan. Dan esok mereka akan bermain dua lagi pusingan untuk melengkapkan lima pusingan.

Acara bermula lewat beberapa minit. Ini memandangkan pihak hakim yang dikenali sebagai arbiter dalam dunia catur hanya dibenarkan memasuki ke venue pertandingan pada jam 8.00 pagi. Ini kerana dewan tersebut digunakan untuk satu pertandingan taekwando sebelum itu. Dengan pengalaman dan kecekapan pihak arbiter yang diketuai Cikgu Suhairi MSSMKL, pertandingan dapat dimulakan beberapa minit selepas pukul 9.00 pagi.

Venue pertandingan memang bagus dan kondusif untuk permainan catur. Sesuai dengan program yang bertaraf peringkat kebangsaan. Tahniah kepada urusetia karnival yang menyediakan venue pertandingan acara catur yang sesuai dan kondusif.



ASAT 2009 - Acara Catur Pusingan Pertama


Senarai Pemain - Lelaki

KDH - Muhamad Syaffiq Bin Sazril
SEL - Fikri Bin Saleh
MEL - Ahmad Sufi Bin Mohd Tahir
KEL - Wan Muhammad Alif
PRK - Akmal Syazani Bin Bulganin
SBH - Jeppy Tewelu Bin Asan Kese
PHG - Muhammad Syahmi Bin Mohd Sidek
TRG - Muhammad Helmey Bin Abdul Haris
N9 - Farith Akmareza Bin Latib
PP - Mohamad Mujahid Hadi Bin Mohamad
JHR - Muhamad Yassin Bin Salikan
PER - Wan Mohd Shaqawi Bin Wan Nan
SAR - Thomas Chew Pah Yu
KL - Syazmeer Bin Makbolamsah


Pusingan Pertama

1) KDH vs TRG (1 - 0)
2) N9 vs SEL (1 - 0)
3) MEL vs PP (0 - 1)
4) JHR vs KEL (0 - 1)
5) PRK vs PER (1 - 0)
6) SAR vs SBH (0 - 1)
7) PHG vs KL (0 - 1)


Bagi kategori Lelaki, pemain di papan keenam di antara SAR dan SBH yang paling awal selesai permainan. Ini dituruti oleh pemain-pemain di papan kelima dan ketiga. Kemudian, papan keempat diikuti papan ketujuh. Pemain-pemain di papan kedua dan pertama yang paling akhir selesai hingga ke hujung waktu permainan. Sungguh sengit dan mencemaskan permainan mereka.


Senarai Pemain - Perempuan

KDH - Rushila Bt Abdul Razak
SEL - Rabiatul Adawiyah Bt Wahid
SAR - Nor Azimah Bt Awang Ibrahim
PP - Iznor Faizureen Bt Nor Hisham
KL - Wan Nur Izzati BT Wan Mahdi
TRG - Aminah Syukriah Bt Mohd Salim
PER - Ema Farah Diana Bt Abdul Wahab
KEL - Nurul Suhada Bt Alias
JHR - Siti Aishah Bt Kamaruzaman
PHG - Norsyhahirah Bt Mazlan
SBH - Quncie Sipin
MEL - Zahidah Faqeehah Azmi
PRK - Nur Afizan Bt Amir
N9 - Nur Raudhoh Fathin Bt Ruslan


Pusingan Pertama

1) KDH vs KEL (1 - 0)
2) JHR vs SEL (0 - 1)
3) SAR vs PHG (1 - 0)
4) SBH vs PP (1 - 0)
5) KL vs MEL (0 - 1)
6) PRK vs TRG (1 - 0)
7) PER vs N9 (0 - 1)


Permainan papan ketiga di antara SAR dan PHG yang selesai paling awal. Permainan mengambil masa kurang dari setengah jam dari maksima masa permainan selama dua jam. Kemudian disusuli papan keenam dan keempat. Papan ketujuh yang paling akhir tamat permainan. Sebelum itu, papan pertama dan kedua masing-masing menyudahkan permainan.

Nota: 1 - menang, 0 - tewas, 1/2 - seri


Friday, July 24, 2009

Aspura SMK Seksyen 18 Shah Alam Wakil Catur Lelaki Selangor ASAT2009



Wakil acara catur lelaki di karnival ASAT 2009 bagi kontijen Negeri Selangor merupakan pelajar Tingkatan 1 Anas dari SMK Seksyen 18, Shah Alam.



Beliau juga merupakan penghuni ASPURA (Asrama Putera) SMK Seksyen 18, Shah Alam. Semoga rakan-rakan beliau di Bilik Ibnu Rushd mendoakan kejayaan menjuarai acara Catur Lelaki ASAT 2009 peringkat kebangsaan.


Jadual Pertandingan Acara Catur


Mengikut maklumat yang diterima guru pengiring catur, berikut adalah format dan info tentang acara catur yang akan diadakan di Hotel Maluri bersama acara Bahas dan Pidato.

Venue Pertandingan : Bilik Teratai, Hotel Maluri

Format : 5 pusingan Swiss System

Time Control : 60 minit seorang pemain


Jadual

Hari Pertama - Sabtu 25/7/209

9.00 pg - Pusingan Pertama

11.30 pg - Pusingan Kedua

3.00 ptg - Pusingan Ketiga


Hari Kedua - Ahad 26/7/2009

9.00 pg - Pusingan Keempat

11.30 pg - Pusingan Kelima (Terakhir)


GOOD LUCK! kepada semua peserta-peserta acara catur.

Thursday, July 23, 2009

Count Down Karnival ASAT 2009


Esok hari Jumaat penghulu segala hari, akan bermulalah perjalanan kontijen-kontijen negeri ASAT ke Kuala Lumpur untuk Karnival ASAT 2009 yang akan dihos oleh Jabatan Pendidikan WP. Jika tidak silap, semua kontijen-kontijen negeri akan berkampung di Kuala Lumpur.

Bagi kontiijen Negeri Selangor, mereka akan menginap di Hotel Olimpik. Sebanyak empat buah bas akan membawa peserta-peserta Negeri Selangor. Sebuah bas akan bertolak dari PPD Sabak Bernam di sebelah pagi. Bas ini akan singgah pula di Petaling Perdana sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Dua buah bas akan bertolak dari Kuala Selangor terus ke Kuala Lumpur. Dan sebuah bas pula akan membawa peserta-peserta Daerah Hulu Langat akan bertolak dari SMT Kajang.

Semoga kontijen Negeri Selangor akan beroleh kejayaan yang cemerlang dan terbilang. SELAMAT BERTANDING!

Kepada semua peserta dan guru-guru pengiring yang ingin berkongsi pengalaman perjalanan dari negeri masing-masing ke Kuala Lumpur, sila emelkan kepada blogmaster seperti alamat di atas.


Wednesday, July 22, 2009

Hos / Tuan Rumah ASAT Peringkat Kebangsaan


Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) peringkat kebangsaan pada tahun ini akan dihoskan oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Siapa hos atau tuan rumah ASAT kebangsaan yang lalu?

2007 - Negeri Pahang

2008 - Negeri Perak


Hotel Maluri - Venue Acara Catur, Pidato dan Bahas


Tiga acara ASAT 2009 akan diadakan di Hotel Maluri, Kuala Lumpur. Acara-acara tersebut ialah Catur, Pidato dan Bahas. Untuk acara catur, kategori yang dipertandingkan ialah Catur Sekolah Menengah Lelaki dan Catur Sekolah Menengah Perempuan. Setiap negeri akan diwakili oleh seorang pemain lelaki dan seorang pemain perempuan.

Difahamkan format acara catur ialah lima pusingan dengan time control selama 90 minit bagi setiap pemain. Acara catur akan berlansung selama dua hari iaitu pada hari Sabtu (25/7/2009) dan Ahad (26/7/2009).

Insya Allah, coverage acara catur akan dibuat sebaik mungkin. Kepada peminat-peminat dan para penyokong pemain-pemain catur yang mewakili negeri masing-masing, sila stay tuned di laman blog ini. Sila sampaikan pesanan-pesanan dan sokongan anda kepada mereka di shoutbox.


Tuesday, July 21, 2009

Selamat Datang ASAT Peringkat Kebangsaan Tahun 2009!

Selamat datang ke laman blog ASAT 2009! ASAT atau Anugerah Sri Asrama Terbilang peringkat kebangsaan akan berlansung dari 24 hingga 28 Julai. Wilayah Persekutuan akan menjadi tuan rumah pada kali ini. Laman blog ini akan cuba memuatkan berita-berita, maklumat dan info ASAT 2009.

SILA DATANG LAGI!