Showing posts with label ASAT KL 2009. Show all posts
Showing posts with label ASAT KL 2009. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Asrama SMKTJ - Tempat Ketiga ASAT 2009





Ditulis oleh Mohamad Faiz
TUESDAY, 28 JULY 2009 01:02

ASRAMA SMKTJ TEMPAT KE 3 ASAT

Kuala Lumpur, 27 Julai - Asrama SMKTJ telah berjaya memperolehi tempat ke 3 dalam pertandingan Anugerah Sri Asrama Terbilang peringkat Kebangsaan 2009 (ASAT).

Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga SMKTJ dan warga Asrama khususnya kerana berjaya mendapat tempat yang terbaik di peringkat Kebangsaan. Walaupun target asal asrama SMKTJ bukanlah tempat ke 3, tetapi menjuarai peringkat kebangsaan pada tahun ini, namun keputusan yang telah diperolehi ini sebenarnya amatlah bermakna kerana bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memperolehi kedudukan ketiga dari 1400 buah asrama di seluruh negara.Demikian menurut Tuan Hj Abdullah Sani( Pegawai JPN Kedah). Tahniah dan Syabas.


Sumber : http://smktj.com


Monday, July 27, 2009

Pemain Catur Negeri Selangor di ASAT KL 2009


Fikri Bin Saleh (kiri) dan Rabiatul Adawiyah Bt Wahid (kanan) mewakili Negeri Selangor dalam acara catur yang berlansung di Bilik Teratai, Hotel Maluri. Mereka bermain lima pusingan dengan kawalan masa selama satu jam (60 minit).

Guru-guru pengiring mereka adalah Cikgu Ramli dari SMK Seksyen 18 Shah Alam dan Cikgu Siti Roha dari SMK Munshi Abdullah Sabak Bernam.

Sudah pasti mereka tidak akan lupa akan kenangan pahit manis di Karnival ASAT (Anugerah Seri Asrama Terbilang) KL 2009 yang berlansung dari 24 hingga 28 Julai 2009.


Selangor Menang Pidato


Dua orang wakil Negeri Selangor, Nurzaffan Bt Ariffin (dua dari kiri) dari SMK Sungai Pusu, Gombak dan Dini Elissyakira Bt Hairulnizam dari SK Assam Jawa, Kuala Selangor (dua dari kanan) gembira bersama trofi kemenangan.

Nurzaffan berjaya mendapat Naib Johan (pingat perak) dalam acara Public Pidato sementara Dini Elissyakira berjaya mendapat pingat gangsa (ketiga) dalam acara Pidato Bahasa Malaysia Sekolah Rendah.

Kedua-dua acara telah berlansung di Bilik Bunga Raya, Hotel Maluri.

Tahniah!