Showing posts with label ASAT 2009. Show all posts
Showing posts with label ASAT 2009. Show all posts

Friday, July 24, 2009

Aspura SMK Seksyen 18 Shah Alam Wakil Catur Lelaki Selangor ASAT2009



Wakil acara catur lelaki di karnival ASAT 2009 bagi kontijen Negeri Selangor merupakan pelajar Tingkatan 1 Anas dari SMK Seksyen 18, Shah Alam.



Beliau juga merupakan penghuni ASPURA (Asrama Putera) SMK Seksyen 18, Shah Alam. Semoga rakan-rakan beliau di Bilik Ibnu Rushd mendoakan kejayaan menjuarai acara Catur Lelaki ASAT 2009 peringkat kebangsaan.


Jadual Pertandingan Acara Catur


Mengikut maklumat yang diterima guru pengiring catur, berikut adalah format dan info tentang acara catur yang akan diadakan di Hotel Maluri bersama acara Bahas dan Pidato.

Venue Pertandingan : Bilik Teratai, Hotel Maluri

Format : 5 pusingan Swiss System

Time Control : 60 minit seorang pemain


Jadual

Hari Pertama - Sabtu 25/7/209

9.00 pg - Pusingan Pertama

11.30 pg - Pusingan Kedua

3.00 ptg - Pusingan Ketiga


Hari Kedua - Ahad 26/7/2009

9.00 pg - Pusingan Keempat

11.30 pg - Pusingan Kelima (Terakhir)


GOOD LUCK! kepada semua peserta-peserta acara catur.

Wednesday, July 22, 2009

Hos / Tuan Rumah ASAT Peringkat Kebangsaan


Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) peringkat kebangsaan pada tahun ini akan dihoskan oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Siapa hos atau tuan rumah ASAT kebangsaan yang lalu?

2007 - Negeri Pahang

2008 - Negeri Perak


Tuesday, July 21, 2009

Selamat Datang ASAT Peringkat Kebangsaan Tahun 2009!

Selamat datang ke laman blog ASAT 2009! ASAT atau Anugerah Sri Asrama Terbilang peringkat kebangsaan akan berlansung dari 24 hingga 28 Julai. Wilayah Persekutuan akan menjadi tuan rumah pada kali ini. Laman blog ini akan cuba memuatkan berita-berita, maklumat dan info ASAT 2009.

SILA DATANG LAGI!